Di sini pihak kami ingin mengumumkan bahawa pada hari Ahad ini, 27Oktober ini akan diadakan AGM Persatuan AKSI, Pelantikan AJK Tertinggi baru dan pengambilan ahli baru. Oleh itu, pihak kami ingin menjemput anda semua warga UiTM menghadiri perjumpaan ini pada pukul 2 petang di Dewan Resital Panca Sakti, Pusat Kebudayaan UiTM Shah Alam... Ayuh kita sama-sama memeriahkan perjumpaan ini dan memartabatkan lagi seni puisi ini..
Ayuh, berAKSI!
~Petah Berpuisi~
Friday, 25 October 2013
Wednesday, 23 October 2013
Ralat: PERUBAHAN TARIKH AGM dan PENGAMBILAN AHLI BARU !!!!
Adalah dimaklumkan bahawa PERSATUAN AKSI akan meminda tarikh AGM, pelantikan AJK Tertinggi dan pengambilan ahli baru disebabkan faktor-faktor tertentu... Tarikh tersebut dipinda ke :
AHAD, 27 Oktober 2013
Pada pukul 2.00 petang dan
Bertempat di Dewan Resital Panca Sakti, Pusat Kebudayaan UiTM Shah Alam
Kami memohon maaf atas beberapa kesilapan.. Diharap anda semua mampu menghadirkan diri pada tarikh tersebut.. Sokonglah PERSATUAN AKSI !

Pameran Booth Persatuan AKSI di Foyer Menara SAAS, 22-23 Oktober
Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki Persatuan AKSI, kami ditawarkan untuk menerima booth bagi mempromosikan persatuan ini kepada seluruh mahasiswa mahasiswi UiTM Shah Alam.. Terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam kerana memberi peluang kepada persatuan ini membuat pameran. PAmeran booth ini adalah salah satu program dalam kempen Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi UiTM 2.0 (WAWI 2.0) yang dianjurkan oleh MPP...Terima kasih kepada semua mahasiswa mahasiswi UiTM Shah Alam yang datng memeriahkan program dan memberi sokongan.. Berikut adalah gambar sepanjang program tersebut..
| AJK persatuan yang bertugas di booth bersama penasihat persatuan |
Thursday, 10 October 2013
PENGUMUMAN! PERTANDINGAN ALUNAN SYAIR DAN NYANYIAN LAGU TRADISIONAL
Kepada semua pembaca blog, di sini pihak kami ada satu lagi pengumuman baru. Kali ini tentang pertandingan syair dan nyanyian tradisional peringkat UiTM Shah Alam. Berikut adalah butir-butir pertandingan tersebut:
PERTANDINGAN ALUNAN SYAIR
dan
NYANYIAN LAGU TRADISIONAL
Tarikh: 30 OKTOBER 2013
Tempat: Dataran Kolej Mawar
Waktu:8.30 Malam
Untuk pengetahuan pembaca semua, pertandingan syair ini akan dilangsungkan serentak dengan nyanyian lagu tradisional. Berkemungkinan pertandingan ini akan diselang-selikan antara syair dan nyanyian lagu tradisional. Oleh itu, pihak kami berharap agar akan mendapat lebih ramai penyertaan dalam pertandingan ini.
Kepada sesiapa yang tidak menyertai pertandingan ini, anda semua bolehlah sama-sama hadir di dataran Kolej Mawar bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut. Semoga pertandingan dalam bidang seni puisi ini akan dapat mencungkil lebih ramai lagi bakat-bakat baru. InshaAllah.........
~Ayuh, petah berpuisi~
PERTANDINGAN ALUNAN SYAIR
dan
NYANYIAN LAGU TRADISIONAL
Tarikh: 30 OKTOBER 2013
Tempat: Dataran Kolej Mawar
Waktu:8.30 Malam
![]() |
| Ini adalah poster bagi pertandingan Alunan Syair. Disebabkan kami daripada Persatuan AKSI, jadi kami lebih memfokuskan kepada aspek puisi. |
Untuk pengetahuan pembaca semua, pertandingan syair ini akan dilangsungkan serentak dengan nyanyian lagu tradisional. Berkemungkinan pertandingan ini akan diselang-selikan antara syair dan nyanyian lagu tradisional. Oleh itu, pihak kami berharap agar akan mendapat lebih ramai penyertaan dalam pertandingan ini.
Kepada sesiapa yang tidak menyertai pertandingan ini, anda semua bolehlah sama-sama hadir di dataran Kolej Mawar bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut. Semoga pertandingan dalam bidang seni puisi ini akan dapat mencungkil lebih ramai lagi bakat-bakat baru. InshaAllah.........
~Ayuh, petah berpuisi~
Tuesday, 8 October 2013
POSTER AKSI
![]() |
| Haaa...inilah poster AKSI yang akan ditampal di setiap fakulti dan kawasan2 di UiTM Shah Alam |
Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf kiranya poster AKSI ini tidaklah begitu cantik dan kreatif 'design'nya...
Cuma, harapan pihak AKSI agar semua mahasiswa mahasiswi Universiti Teknologi MARA Shah Alam akan menyedari inisiatif pihak kami ini dan sama-sama menyokong untuk terus memartabatkan seni puisi tanah air..
Kata orang, untuk mencipta nama yang besar, untuk menyentuh langit yang tinggi, kena bermula dari bawah, bertatih di atas bumi dahulu... Oleh itu, marilah kita sama-sama menyertai Persatuan AKSI ini dan menyebarkan keindahan seni puisi ini kepada semua orang di sekeliling kita.. InsyaAllah semoga orang lain juga mampu merasai keindahan puisi ini.. Tidak mustahil sekiranya kita mampu mencipta kejayaan yang besar dalam dunia puisi negara... Kita harus bermula dari peringkat bawah terlebih dahulu... Kesimpulannya, mulakan langkahmu, gerakkan jari jemarimu dan alunkan bait puisi merdumu...
AKSI pasti mampu untuk berAKSI...
~Ayuh semua, petah berpuisi~
Monday, 7 October 2013
PENGUMUMAN!! AGM + PELANTIKAN AJK TERTINGGI YANG BARU + PENGAMBILAN AHLI BARU
Di sini pihak kami ingin menghebahkan satu pengumuman... AKSI akan membubarkan ahli jawatankuasa tertinggi yang lama dan akan memulakan pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi yang baru tidak lama lagi.. Majlis adalah 3 in 1, iaitu AGM, serentak dengan pelantikan ajk baru dan pengambilan ahli baru....Ini adalah poster bagi majlis tersebut.
Jadi, pihak kami berharap agar ramai dalam kalangan warga UiTM Shah Alam akan berminat untuk menyertai bidang seni puisi ini. Ayuh kembangkan bakat anda...Bagi yang tidak berpengalaman dalam bidang puisi, ini adalah satu platform yang bagus untuk anda belajar dan terlibat dalam puisi.. Percayalah, anda tidak akan merasa rugi sekiranya menyertai Persatuan AKSI ini.. Pelbagai program menarik yang diatur sepanjang semester ini... Dtanglah ramai-ramai ye pada 26 Oktober nanti...
Sama-samalah kita menjadi legasi juragan puisi...
Ayuh, petah berpuisi ;)

Thursday, 3 October 2013
Blog Pertama AKSI
Alhamdulillah....
Akhirnya blog pertama bagi Persatuan AKSI sudah disiapkan
Moga mampu memberi pelbagai maklumat yang berguna kepada semua ahli AKSI dan juga para pembaca blog ini...
Akhirnya blog pertama bagi Persatuan AKSI sudah disiapkan
Moga mampu memberi pelbagai maklumat yang berguna kepada semua ahli AKSI dan juga para pembaca blog ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)